|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sunday, May 11, 2008
Salamsss.. Saya sebenarnya mmg agak bizi seminggu dua ni... Series x tipu.. Ekceli agenda kebizian saya bermula bila kelas kami kena anjurkan Kejohanan Mini Olahraga.. Combine dengan dua kelas lain.. Kami penganjur dan kami jugek laa peserta.. Aku cam biasa laa, masuk larian lagik.. Hahaha, cam pelik kan.. Kat skolah dulu kemain liat nak bersukan.. Masuk UUM la start rajin join.. Larian terbuka 14km laa salunya..
Orang gemoks jgn disangka tidak kuat lari ya! Tgk jek laa tu, saya dah buktikan saya yg gemoks dan x tinggi ini dah kalahkan peserta yang kurus dan tinggi.. (Ni sebab saya baca blog Kak Ceda pasal futsal laa ni..hehe) ![]() Ceq dapat no 2 saja :( ![]() Bersedia utk acara lari berganti2.. Yang ni dapat no 1 ;) ![]() Perbarisan keluar utk acara penutup ![]() Nanti dah posting, mesti rindu kat depa ni :( Ok then dah sonok2 dr pagi kat padang, masuk la klas BM lak.. Petang tu semua kelas kensel so bbudak ni pun dok buat plan nak pi Sg Congkak laa.. Elaun lak kebetulannya baru masuk, heheh.. So pas Zohor tu gerak laa tiga kete gi Sg Congkak yg besh itu.. ![]() Pegi dengan baju sukan IPIK jek.. ![]() Menunggu sebuah lagi kereta yang tak sampai2.. ![]() Pulang ke pangkal jalan Tu citer Isnin, Jumaat lak ada Kursus Pengurusan Jenazah.. Aku sempat mengambil peluang utk mandi n kafankan model jenazah tu.. Kebetulan laa time tu, aku antara org yg dok depan ustazah tu.. Model jenazah tu ustaz n ustazah tu pick at random jek.. Bila dia umumkan nama, Mohd Akmaluddin Samsudin dari Kelas TESL yg terpilih jd model jenazah lelaki.. Ahahahah, mmg sungguh bertuah dan bertambah pemes ler Abg Akmal (Mirwana).. Sayang ler takde gambo nak tunjuk, semuanya video aja :( Petang tu lak, gi PUSRAWI visit Pn Habsah lecturer ktorang.. Lemah x bermaya jek keadaan beliau.. Sakit batu karang rasanya.. Batu tu dah pecah n bernanah dalam badan n nanah tu dah masuk ke saluran darah.. If I'm not mistaken lerr.. Dalam sakit2 tu pun still risaukan ktorang, takut xleh jawab exam nnti sbb dia byk kali x dpt masuk kelas.. Pn Habsah nmpk xlarat sngt2.. Siap dia mintak tolong aku picitkan kepala dia.. Sangat sedih tgk dia masa tu.. Dah laa dr smlm tak mkn :( Ptg tu nurse bawakkan nasi n ktorang pujuk dia soh mkn sket.. Dia pun setuju n soh aku suapkan..Hehehe, nevess tau nak suap2 Pn Habsah depan keluarga dia.. Smlm lak kuar ngn Mr Hazar, shopping barang2 utk camping Isnin-Khamis ni.. Empat hari laa akan berpanas hujan kat Pulau Pangkor lak.. Kompem jd dayang senandung balik nnti.. Takper bio-oil ada.. Hahaha.. (Aku termakan pujukan iklan kat mjlh wanita ttg bio-oil..saje nak try ) ![]() Siap beli baju skolah nak pakai as baju uniform puteri islam..hehe Ok laa, byk keje nak buat.. Jumpa nnti lepas balik Pangkor..Wassalam
Sunday, May 04, 2008
Salamss..Kejap jek dah Ahad.. Esok dah kena pi skolah semula, malasnyerrr.. Huhuuu, x sabo nak tunggu cuti skolah ujung Mei ni.. Budak skolah cuti 2minggu, ktorang cuti sem 3minggu tau.. Hehehe, besh gilak! Ekceli, Khamis lepas yang sepatutnya cuti umum, x menjadi cuti pun.. Ada kursus untuk pentauliahan sebagai jurulatih Bola Baling.. The whole day lak tu.. Pagi tu punya laa mengantuk dok dengar lecture jek.. Org lain sedap2 tdo kat umah, bbudak bola baling dah terkulat2 kat dewan.. Petangnya plak amali kat padang.. Dah laa tgh panas terik, adeh laaa.. Kulit aku dah 3tona lebih gelap dari sedia kala.. Perlu pakai fair n lovely ke? Huhuhu Balik tu dah nak maghrib.. Mmg penat gilerr laa, dah laa nak study utk exam bola baling esoknya, nak buat RPH lagik, nak pk micro teaching lagik, dah laa assgmnt IP pun nak antar esok tu jugek.. Luckily, assgmnt IP Mr Hazar ada kat aku, copy-paste-edit pape yg patut laa jawabnya.. Hehehe, tu pun almost 3.30am baru dpt tdo.. Esok paginya tu klas cam biasa, lepas Jumaat dah masuk dewan kuliah, amik exam teori dulu.. Abeh exam, pi padang utk mcro teaching lak.. Aku dah ler kena ngajar hantaran bola guna teknik menjunam.. Mmg sakit2 badan laa nak menjunam tu.. Sayangnya tak amik gambo time micro teaching tu.. Huhu sangat rugi.. Alhamdulillah, result dah kuar n aku lulus :D Pasni ada satu lagi test sebelum ditauliahkan sebagai Jurulatih Bola Baling Tahap 1.. Nnti kot korang perlukan coach, cari aku ekk.. Ehehehhe Sabtu tu plak dah plan nak tdo bagai ashabul kahfi.. (Mr Hazar pun xde kat sini, dia pi Jom Heboh kat Perlis.. Arap2 selamat pulang) Sakit2 woo badan.. Berkali2 menjunam straight ke padang.. Masa jd keeper lak, bola laju terkena jari, x sempat nak tepis.. Mmg bengkak laa jari.. Petang tu plak, Ayu ajak pi umah dia.. Dia siap jemput kat umah lak tu..Rupanya x jauh umah kami.. Dalam 10minit jek.. Kat umah Ayu, Zue, Pyan n Fiza dah ada.. Lama dah xjumpa derang ni.. Last dtg umah Ayu masa dia br pregnant, skang Baby Amir dah 8bulan pun.. Cepatnya masa berlalu.. ![]() Ni semua Ex-UUM.. Fiza, Zue, Pyan, Aku n Ayu ![]() Amir bangun lerrr.. Aunty datang nak jumpa Amir ni.. ![]() Sorry laa Amir, aritu aunty dah beli romper kat Amir tp x jd dtg lak.. Skang romper tu dah bg kat org lain, next time aunty dtg bawak adiah ekk :D ![]() Kompem org tak caya kalo kata ni anak aku.. Beza sngt warna kulit tu.. Hehehe ![]() Pyan x bg expose gambo ni.. Takut saham dia jatuh.. Haha, dia tgh cari calon isteri ni, nak yg kecik comey cam dia gak.. Ada yg berminat ke? Heheh
Ok laa, mcm nak tdo awal mlm ni.. Bad flu.. Dari td tak henti2 lagik selesemanya.. Kalo x ok gak esok, nak MC laa.. Huhu, Wassalam :D
Monday, April 28, 2008
Assalamualaikum:D Lama x menaip ek.. Konon2 ada meksis broadband yang kadang2 bagus, kadang2 sengal tu rajin laa sket menghapdet, tp xde maknanya.. Hahaha, dok malas gitu gakk.. Ekceli PBS2 kat SK Segambut aritu, aku berpeluang masuk n tgk guru pemulihan mengajar.. Bukan tgk saje2, pastu kena sediakan ujian diagnosis n pilih sorang budak utk jawab ujian tu.. Based on that test, kenalpasti area kelemahan budak tu n buat Rancangan Pengajaran Individu (RPI) So, di hari terakhir tu baru laa siap soalan Ujian Diagnosis yang nak bg kat budak tu.. Ekceli boleh jek nak potostat dr buku, tp aku kan penyapu baru, semangat tu nak buat soklan sndr, inovasikan sket dr soklan2 buku, hehe.. So, masuk kelas tu, amik laa sorang budak yg tomeyy nak mntk jawab ujian diagnosis tu.. ![]() Kanak-kanak kelas pemulihan ![]() Yang 2 dari kanan tu tomeyy kan? amik dia jek laaa.. ehhehe ![]() "Abang ni pandaii laaa.. banyak soklan abang dapat jawab.." dan Zamri tersengih2 mendengar.. hehe ![]() Budak lain pun teruja nak buat tp apakan daya, time constraint..huhu ![]() Disebabkan Zamri sangat pandai, aku wat test tu utk Aisya plak.. Aisya ni agak perlahan juga.. Walopun dah darjah 4, masih belum mahir mengeja.. KV reti yg senang2 n KVK langsung x bleh.. Saje nak tau background dia, aku ty laa keje mak ayah dia.. Jawab Aisya, ayah keje honda, mak keje komputer.. Uhhh Ohhh.. Dan sebelum balik tu sempat dibelanja pizza oleh adik kantin yang comel dan baik hati =) Best sungguh kantin skolah ni sbb adik ni suka sangat membundarkan harga makanan menjadi lebih rendah.. Kalo aku beli breakfast rm2.70, dia kira rm2 jek.. Even kalo 4.80 pun jd rm4 jek.. hehe ![]() Sue (paling kiri) dan anak buahnya.. Malamnya plak, Shita ajak makan2 tajaan Ashraf yang baru dapat offer keje ngan IRB.. Bestt gilaakkk IRB gaji besauuu.. Congrat to Ashraf.. Ktorang mmg dah deal, sape dpt keje best kena open table, hehe.. Ni kali ke dua Ashraf open table, 1st time dulu masa dia dpt keje SSM, skang IRB lak.. Aku dah open table skali b4 KPLI.. Tunggu turn Shita laa plak pasni.. Kami ke Tanjung Harapan nun di Kelang.. The food was nice tp xleh nak lawan Linda Ikan Bakar kat Kuala Perlis.. ![]() Congrato Mr Ashraf! ![]() Pojie n Meh.. Kami semua ex UUM ![]() Aku n Shitaa Ok laa nak ke solat dan makan2..Tata
Saturday, April 19, 2008
Salamss.. Bertemu kita di Jumaat yg seronok sbb sekolah half day jek.. Hehehe.. Td dok layan novel yg beli kat book fair minggu lepas.. Beli jek banyaak, nak baca x sempat pun:( Ekceli minggu ni dah settled satu projek besar.. Kena anjurkan Kejohanan Mini Sukaneka utk subjek PJ..
So, di pagi yang nyaman utk tido di hari Ahad tu, terpaksa laa bangun awal, nak wat preparation utk event tu.. Mcm2 keje laa, buat banner, sepanduk, bungkus hadiah segala bagai.. ![]() Syamsul, Faisal, Yati, Aku n Kak Nori ![]() Tiba-tiba.. Hujan turun dengan lebatnya.. Kami kebasahan.. Huhu Bersukaneka dengan kanak-kanak adalah tidak mudah walaupun menyeronokkan.. Bukan senang ye nak control bbudak nih.. Kena pandai memberi arahan yg jelas dan tepat dan diulang berkali2.. Heheehe ![]() Perbarisan masuk kontijen rumah sukan ![]() Rumah Hijau (Kermit), Merah (Patrick), Kuning (Garfield) & Biru (Doraemon) ![]() Hebat kan rumah Kermit? Siap bawak katak sekor.. Haha ![]() Merangsang lokomotor halus kanak-kanak iaitu kekuatan jari supaya mereka senang menulis nnti :D ![]() Padankan kad yg berhuruf kecil dengan huruf beso kat atas board Banyak lagik games lain tp semuanya dlm video.. Sangat puas hati dan seronok.. Rasanya bukan syiok sendiri coz cikgu tadika tu pun puji.. Hehehe ![]() Kanak-kanak dan si tua yg riang dpt hadiah.. Ahad ni nak wat preparation utk Kejohanan Olahraga plak.. Nextweek kena pi skolah segambut lagik seminggu..Havva nice weekend semua orang :D
Monday, April 14, 2008
Salamss.. Entry ni sebenarnya dah lama nak tulis, tp tertangguh sbb x transfer gambo. Huhuhu, so baru arini laa dpt updet.. Ekceli lastweek pergi UKM (dah lamaa giller x gi Bangi sejak dibuang keleja satu hari yg x indah dulu).. Pergi ngan Ain n Mr Hazar.. Wildan ada show dinner anak negeri Terengganu.. Ahahah sebuk jekk si anak negeri Kedah ni :P Ok, layan gambar jek bleh? ![]() Ni my classmate Ain, kami antara yg termuda di kelas.. Yang lain2 tu mak n bapak budak belaka :P ![]() Ahahah, suka benoo main ngan cermin.. Ni time kat bilik vip sblm show.. ![]() Kau setia menanti, kau setia mengharungi.. lalala ![]() Pulang ke pangkal jalan menuju Cheras :D ![]() Album terbaru WILDAN yang berjudul "setia" telah pun berada di pasaran mulai 7/4/2008... Album ini diterbitkan oleh Wildan Production dan diedarkan oleh FMC dan mengandungi 11 track :
1. Setia Seorang Isteri (penghargaan buat insan bergelar isteri) 2. Kau Permata (teristimewa buat bonda tercinta) 3. Bunga Kasih Bertangkai Duri (pesanan buat teman) 4. Redha (mengisahkan kesetiaan seorang ibu terhadap anak yang cacat) 5. The World of Islam (finalis juara daurah Nasyid Minggu Ini 2006) 6. Fir-Raudhah (lagu yg penah dinyanyikan Muhd Al-Husayyan dan diberikan nafas baru) 7. Tangisan Rindu (lagu yang pernah memasuki carta nasyid IKIM.fm) 8. Kau Permata (versi acapella) 9. Di Pusara Bonda (penyesalan seorang anak selepas kematian ibunya) 10 Seandainya (lagu tema drama bersiri Bisikan Hati yang ditayangkan pd Ramadhan lps) 11. Wajah di Hati (single pertama - ttg persahabatn yg berakhir dgn kesedihan) Pastikan yang ORIGINAL! ************* Alhamdulillah, Everything goes well dan mendapat restu walaupun banyak ranjau kena lalui.. Moga rasa ini berkekalan.. Thx cayang :D ILU
Sunday, March 30, 2008
Assalamualaikum :D Owhh sungguh penat 4hari 3mlm di Kem El Azzhar, Banting.. Restless, sleepless tp tu laa cabaran paling asas ye dak? Kata nak jd chegu, kan.. Hehehe Pagi Rabu yang aman damai tu, kul 8 dah berkumpul kat IPIK.. Combine 2 kelas Pemulihan Khas, 42 org semuanya.. So pegi naik satu bas jek laa.. Elok jek naik bas mmg tertido tak hengat terus coz mlm sblm tu dpt tido 3-4jam jek.. Sampai kat kem dlm kul 12pm.. Bbudak TESL yang pergi dari Isnin-Rabu tgh siap2 nak balik.. Masa tu mmg rasa mcm cepat ler hari Sabtu.. Tak sabo nak balik jugek.. Huhu Aktiviti pertama lepas lunch tu pasang khemah laa kan.. Siap2 semuaa, berkumpul ler kar dewan, ada briefing sket.. Then kul 5.45pm elok jek pas solat Asar ada aktiviti Water Confident kat Pantai Morib dan kena pergi jalan kaki.. Jauh tak jauh pun penat jugek laa kan.. Bukan 5-10min jek leh sampai.. Dah sampai tu beshh laa.. Dah lama x mandi laut.. Sayangnya tak bawak camera time ni.. Tak sempat laa nak rakamkan gambo2 main laut segala bagai.. Disebabkan berjalan kaki, sampai kat kem jek dah Maghrib.. Semua dah penat dan huru hara.. Patutnya ada solat Maghrib berjemaah dan tazkirah.. Tp semua dah sebuk2 mandi segala bagai, lepas Isya' baru berkumpul utk LDK 1.. Pagi Khamis tu plak pergi ke pantai Kelanang plak.. Pantai ni lg jauh dr Pantai Morib td, so naik bas laa kan.. Ada aktiviti membina Istana Pasir.. Grup lain semua buat dengan penuh semangat dan beria2, grup aku jek yg istananya x serupa istana.. Hahaha.. Mula2 tu rasa mcm kreatif giller laa konon buat istana bentuk jari jemari, tp bila tgk istana org len mcm lawo2 jek, terus down.. Terus dah tak expect akan menang game ni..
Sebelah petangnya plak main kayak.. Dah lama giller tak berkayak since abih study UUM dulu.. Kat U dulu rajin laa main kayak kat tasik Guthrie tu.. Mula2 tu semua orang berpeluang main kayak 3 pusingan berpasangan.. Time ni aku partner ngan Faisal.. Abih jek semua orang main, setiap kumpulan kena antar 2 wakil utk game.. Aku ngan Zaki terpilih utk wakil grup aku.. Semangat gak time ni..
Hari Jumaat tu plak aktiviti kembara ke Bukit Jugra.. Gambo jek laa bercerita k.. Saya dah penat nak taip..
Malam tu plak ada persembahan.. Kumpulan aku wat nyanyian n tarian ala 60an.. Zaki punya idea laa ni.. Mmg jd bahan gelak jek menari lagu Malam Pesta Muda Mudi.. Haha.. Pagi Sabtu plak bersiap2 turunkan khemah n menunggu Puan Timbalan Pengarah utk perasmian penutup n penyampaian hadiah.. Di pagi Sabtu yg indah tu tak menjadi indah bila tetiba mata kiri aku takleh nak bukak.. Rasa berat n sepet semacam jek.. Curious jugek laa, kena gigit semua time tido ke?? Punya laa ramai yg tanya psl mata aku nih.. Nak explain pun x reti.. Takkan le kalo semut gigit, aku langsung x sedar.. Huhu.. Sakit!
Sampai Cheras kul 1.30pm.. Sangat penat dan banyak baju kotor menunggu utk dibasuh.. Dobi laa jawapannya kan.. Dah mesin basuh takder.. Walopun dulu lecturer metrik aku pernah pesan kat bbudak laki, jgn cari wife yg dijumpai tgh antar kain baju ke dobi, aku pedulikk hape, x larat nak basuh tangan.. Dah ler ada 3 assignment nak antar ari Isnin tu.. Sungguh aman damai hidup empat hari tanpa telefon.. Dah bitau kat mak yg aku x bawak enset, so x kesah sngt laa tinggalkan enset kat umah.. Balik tu excited laa jugek nak tgk bape msges n missed calls berjaya dpt.. Hehe, ni hasilnyaaa.. Taraaaa
Ok laa nak tidooo.. Ahad nak all out buat esemen.. Tata!
Monday, March 24, 2008
Assalamualaikum :D Chegu Wani sungguh bizi laa lately nih.. Adeh laa, mcm banyaak jek benda nak citer tp mcm x sempat nak updet.. Bermula dengann cuti sekolah seminggu yg meriangkan.. Balik kampung layan Adam dan berkenduri kendara sana sini..
Jumaat lepas dah mcm sangat seronok.. Bbudak kelas aku check elaun dah masuk katanya.. Aku pun excited laa kan plan nak beli itu dan ini.. Sekali rupa2nya akaun bank aku ada prob sket.. Waaaa, sangat sedeyy :( Dah laa excited jek ajak Cik Fiza temankan beli lappie, x sangka plak akaun aku terpilih utk bermasalah teknikal.. Terpaksa laa wat pinjaman "along".. Thanx utk along yang baik hati bg pinjaman tanpa interest ye dak ? ;D
Maka ini laa buah hati aku skarang.. Spec dia biasa jek, Pentium Dual Core, 1gb ram, 120gb hardisk, original xp home & printer 3 in 1 = RM2600.. Dah tak larat nak survey dah.. Since aku nak cr lappie selain warna hitam, putih or blue black, Dell jek laa pilihan terbaik.. Harap2 my sweetheart bleh berjasa utk 6-7 thn yg akan dtg..
Alang2 dah beli laptop nih, aku belikan sekali maxis broadband.. Bleh laa online tanpa batasan dah pasni.. Selama ni asyik nak kena berebut komp kat lib jek.. Duluuu kiran, kul 11 jek dah kena stop.. Kat maktab lak, kul 7.00 jek limit.. Skang xde sape nak letak limit.. Tp xde laa nak on9 sangat2 pun, keje banyak maa.. Rabu esok lusa ni sampai Sabtu kena pi Bina Insan Guru kat Banting.. Smlm gi shopping track bottom, socks n sport shoes.. 4 hari kat sana mmg kena bawak banyak ler suar baju.. Berkayak, berenang, masuk hutan, jumpa pacat, jumpa lintah, tido dalam kemah.. Adehhh laa, x terjangkau dek akal.. Harap2 xde kenangan ngan spesis lintah n pacat.. Uhukkk..Ok, jumpa lepas BIG nnti.. Tataaaa :D
Wednesday, March 05, 2008
Sepanjang minggu ni, aku akan berada di SK Segambut.. Pagi yang gelap itu, kul 6.30am dah tunggu depan guard house, tak pernah aku se awal ini.. Maklum laa chegu kena sampai skolah b4 7.30am.. *Penyapu baru laa katakan, mesti laa semangat tinggi datang awal.. Sampai kat skolah tu kul 7.00am.. Pagi yg gelap tu masih gelap tp sngt membahagiakan..
Di hari pertama, bbudak skolah tu dah bisik2, "weh..cekgu baru datang.." Heheh, terasa aura menjadi guru bila dipanggil cenggitu.. Pulak tu bila depa great "askum cikgu.." Mmg laa sangat touching taw.. Time perhimpunan plak, touching lagik skali bila students berdoa " Ya Allah ampunkanlah dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa guru-guru kami..bla..bla" Bukan senang kan nak org doakan kita.. Dah laa yg doakan tu anak2 yg sstghnya belum baligh, belum ada dosa pun, moga dimakbulkan Allah laa doa mereka.. Ameennnn.. Pastu ktorang (aku, yatie, yana n yani) terus laa hala ke pejabat jumpa ngan Puan Siti, guru PK HEM.. Dia briefing psl skolah n soh kitorang dok kat Bilik Gerakan n study laa semua fail2, paper work n segala maklumat yg berkaitan ngan skolah tuh.. Ekceli minggu ni, bbudak semua tgh exam, so xleh nak tgk depa punya sesi P&P.. ![]() Berpura-pura bizi dalam bilik gerakan.. Heaven tau bilik ni, selesa utk tido2.. haha ![]() Kanak2 comeyy yg sedang beratur.. Nak jupe guru pemulihan skolah ni, tp dia ngajar sesi petang laa plak.. Kitorang ala2 berdebar2 laa nak jumpa cikgu yg bernama Asmawi nih.. Hehehe, dah laa bujang lagik, orang perak lak tu kome :D Dalam kul 1, cikgu Mawi yg ditunggu2 pun tiba.. Yang ni xde laa nak segan coz dia sorang, ktorang berempat.. Dia lak yg cam malu2 tunduk2 bila ktorang ramah2kan diri.. Wahaha.. Ekceli skolah ni agak ramai gak laa budak pemulihannya.. Maybe sebab latar belakang keluarga n sosio ekonomi yg rendah buat budak2 ni kurang berminat untuk belajar.. Half of them, anak2 warga asing yg dapat status "warga tetap".. Dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Pakistan.. Sungguh majmuk n kena sabar banyakkk2 tau.. The next day, kena jaga kelas yang xde cikgu.. Bbudak tgh test, so mcm jaga exam jek laa.. Aku ni, dpt lak kelas yg slow2 budaknya.. Derang hanya consentrate 15mins awal jek.. Pehtu, semua dah hilang tumpuan.. Konon2nya dah siap laa, pdhl aku tgk byk jek salah.. Cabaran tau nak handle budak2 camni.. Kena tegur banyak2 kali.. Sempat jaga 3sesi exam jek, yg last tu dah ada ustaz jqaf masuk..Dia dulu IPIK gak.. Ustaz ni laa yg bitau budak2 kelas tu mmg slow dan mudah hilang tumpuan.. Ustaz tu tegur garang2 pun, budak2 leh wat tersengih2.. Aku dah rasa mcm "ishhh autisme ke bdk ni.. mcm hidup dlm dunia sendiri jek.." Huhuhu Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji...lalalala!`~ DAH ADA NAMETAG TAW! Hari ni plak pagi2 lagik dah kena relief kelas yg xde cikgu.. Kul 7.40am jek aku dah tercegat depan kelas..Dpt kelas ranking paling slow lagi.. Students: Assa..laaaa..mualaikummm cikguuuuuuuuuu (baca dengan gerakan perlahan sambil tertunggu2 nama aku apa..) Aku: Azwani Students: Assalamualaikum cikgu Azwani Aku: Waaalaikumussalam, ok duduk Students: Terima kasih cikgu Azwani Student 1: Ehh cikgu, nama cikgu macam nama budak ni (tunjuk kawan sblh dia).. Nama dia Azwan tau cikgu.. Aku pun tanya laa kat bbudak tu, baca doa tak everytime nak blajar.. Derang kata baca doa time subjek Agama jek.. Alahaiii sadisnyaa.. Awat laa cikgu2 lain x mintak depa baca doa jugek.. Bukannya lama pun baca doa penerang hati tu.. So, aku soh depa baca doa n kemaskan pakaian masing2.. Bbudak kelas last ni biasanya pakaian pun x proper.. Kesian lak tgk, mungkin kurang diberi perhatian kat rumah.. So, yg lelakinya aku suh masukkan baju dlm seluar elok2 bg kemas n yg ppuannya plak betulkan tudung masing2 bg cantik.. Pastu soh derang kutip sampah2 yg jatuh bawah meja n luruskan meja betul2.. Pehtu simpan semua barang kecuali alatulis jek..Dlm kul 8.00 tu, ada cikgu dtg distribute soklan exam.. Paper math lak tu.. Sian lak tgk bbudak tu, bukannya phm pun soklan in english.. At least buat laa dwi bahasa utk bbudak yg lemah nih.. Adehh laaa..Setiap soklan depa angkat tangan soh aku translate to Malay.. Kul 1.00 lak kena relief satu lagik klas.. Relief subjek Agama so aku ajak derang main kuiz Jawi.. Game antara lelaki ngan ppuan.. Aku sebut perkataan n derang dtg depan eja dlm jawi.. Susah jugek nak control bbudak nih.. Aktif betul.. Mmg penat giler2 bila sampai umah.. Duluuu aku mcm pelik laa jugek bila kwn2 yg bergelar cikgu ngadu penat time balik keje.. Aku rasa mcm "aihhh, keje 5jam pun penat ke? Aku keje sampai 12jam lagi laa.." Rupa2nya mmg laa penat yg teramat.. Balik tghari tu mmg layu laa sejam dua.. ![]() Bagus kanak2.. Kamu semua sangat sporting! Cikgu sayang kamu tau.. Esok last dat kat skolah ni utk PBS 1, akan bertemu lagi bulan April nnti.. Selamat mengundi.. Mengundi lah dengan bijaksana.. Mari bercuti sekolah jua.. Holaaaaaaa :D Salamzz *Penyapu Baru : Istilah yg diberikan kepada cikgu2 baru yg tgh semangat gilerr syiok nak mengajar..
Tuesday, February 26, 2008
Assalamualaikum.. Bertemu lagi kita dalam rancangan selamat pagi cikgu.. Wahahaha.. Skang ni tgh kejohanan olahraga kat Aktiviti yg agak padat.. Minggu ni bizi ngan sukan.. Minggu depan start PBS kat SK Segambut tu.. Minggu lagi satu balik kampung mengundi dan cuti skolah.. Pastu dah pertengahan bulan Mac.. How time flies! Jap jek masa berlalu.. Too many things happened lately nih! Malas laa nak citer semua.. Penat nak ingatkan benda2 yang tak besh nih.. Salah satu nya, lcd screen henset aku tetiba blank.. Tak psl2 lak tu, bukannya jatuh ke hape ke.. Melayang RM130 di saat2 elaun belum masuk nih.. Adehh laa, mujur Nokia Care dekat jek dan tambah bersyukur lagik, still dlm warranty.. At least xde laa dia charge service cost.. Yang lain2 tu malas le makcik nak citer.. Allah takkan menguji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu,
Seandainya tangan kita boleh menggapai apa yang telah terjadi di masa lalu, boleh mengubah apa yang tidak kita sukai menjadi sesuatu yang kita senangi, maka kita harus menjemput kembali masa lalu dan mungkin kita akan berebut menjemputnya. Kemudian kita menghapuskan segala yang kita sesali dan melipatgandakan segala kebaikan yang masih kurang. Namun, itu semua adalah mustahil. Maka yang terbaik bagi kita adalah memulai hari-hari dan malam-malam yang baru kerana didalamnya kita dapat menggantikan yang telah lampau.
Sumtimes, kita tak boleh mengelak daripada merindukan masa-masa silam dan menyesali atas semua kesilapan kita yang menyebabkan kita kehilangan saat2 gembira dulu.. Kita menangis dan kita bersedih tanpa menyedari tiap2 kali kita menitiskan air mata tu, kita dah membazirkan detik2 waktu yang Allah bg pada kita.. Ingat ye murid2, MASA tu anugerah paling bernilai yang Allah bagi.. Kalo ko ada emas, pajak kat pajak gadai, one sweet time boleh pi tebus balik.. Ni kalo dah terlepas masa2 berharga yg ko penuhkan dengan kesedihan tu, bleh ke nak tebus balik?
Bersyukurlah dengan semua nikmat yang Allah dah bg.. Walopun dari satu sudut, aku merasakan masih ada ruang2 kosong yg x terisi dan tak tercapai, bersyukurlah sbb dr sudut yang lain, dah banyaaaaakkk sangat nikmat yg Allah bg.. At least, bilamana org dok berkeluh kesah dengan kerjaya yg tak stabil, aku dah bleh menarik nafas lega coz Allah dah mudahkan laluan kerjaya aku.. Tapi dia uji dengan kegagalan yang lain.. Semua tu ada hikmahnya, berimanlah kepada Qada dan Qadar.. (Sila baca entry ini sambil layan lagu Dewa – Hadapi Dengan Senyuman)
**************
Ni plak kawasan saya mengundi kali ini.. P16 dan N31.. Selamat mengundi semua!
P16 BALING : Datuk Abd. Azeez Abdul Rahim N30 BAYU : Azmi Che Hussein N31 KUPANG : Datuk Ismail Abu Bakar N32 KUALA KETIL : Datuk Mohd. Firdaus Zakaria
P16 BALING : Datuk Taib Azamudden Md. Taib N30 BAYU : Musoddak Ahmad N31 KUPANG : Johari Abdullah N32 KUALA KETIL : Md. Zuki Yusof *Gambar dan idea di culik dari blog Yasir tanpa minta izin.. Uhukk
Friday, February 15, 2008
Life yg penat dan lenguh2 badan.. Aku sedang bizi dengan sukan.. Start kul 2pm dah berjemur kat padang.. No wonder laa kulit pun dah sekaler ngan org Afrika.. Huhuhu.. Tak sia2 memanggang kulit dibawah terik mentari, hasilnya mengagumkan! Sila percaya bahawa aku telah menyumbang mata dalam 5 acara.. LIMA ya tuan2 dan puan2.. (Anda tidak tersalah baca) Lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, lari 100m dan 800m.. Tak sangka plak rupa2nya saya berbakat hebat handal bersukan.. Wakakaka.. Kalo digilap nih, sure leh jd atlit negara.. Ngeee :D Kelas jugek menyeronokkan.. Saya Penolong Ketua Kelas yer.. Biasa laa kan, org yg kelihatan berdedikasi dan bersifat kepimpinan sure kena calon punya.. Haha! Buat diploma pendidikan tak sesusah buat degree.. Keje mmg laa banyaaakkkkk giler2 sbb semuanya nak kena cover within setahun ni.. Tak sampai setahun pun sebenarnya.. Tolak cuti skolah 2 bulan, Praktikum 3 bulan, PBS 2 minggu, cuti raya cina, raya puasa n segala2 public holiday lagik, ada laa 6bulan jek blajo kat maktab nih.. Semalam 14 Feb, genap sebulan kat IPIK nih..How time flies!
Gedik tak gambo tu? Maklum laa everytime presentation, musti kena sediakan Alat Bantu Mengajar (ABM) yg sesuai utk kanak2 pemulihan.. So byk laa flash card, tanah liat, sweets, buah, toys, mahjong paper n so yg digunakan.. Tu kembali ke zaman kanak2 riang ria.. Main2 ngan tanah liat.. Hehe sangat teruja tau! Awal Mac nih ada PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) which is kitorang kena pi skolah selama seminggu.. Pegi amik2 angin n tgk flow P&P kat skolah tu sambil cari2 maklumat.. Aku dapat SK Segambut.. Ada sesapa tak yg familiar dengan ini skolah? 2kali kena pi skolah nih, seminggu bulan Mac n another one week bulan Apr nnti rasanya.. Kot2 laa ada sesapa yg kenal cikgu2 ngajar kat skolah nih, bitau laa aku ek.. Kalo ada kuarters, nak sewa jek seminggu tuh.. Takkan nak merempit lak dr Cheras nih.. Tak kuasa mak..Dulu kat Sh Alam xpe coz lalu jalan motor kat Kesas tu, xde laa takut sangat..Kalo sesapa ada info, do let me know ek.. **************** Balik cuti aritu jumpa my new nephew, Ahmad Adam Raime bin Ahmad Rozaimey.. Gambo tu x clear coz amik ngan enset jek.. Dia sangat suka tidoo, maklum laa baru seminggu lahir time tu.. Sempat pangku dia pun sekali jek.. Time tu semua org tgh mkn, dia dah rengek2 kat bilik.. Saya dah abih mkn dan terpaksa laa amik dia.. Bukan tannak pegang tp fragile sangat, takut terkepak tulang temulang dia.. Haha.. So aku dukung dia gi depan n pasangkan zikir Munif Hijjaz sampai dia lena balik.. Sooo suweeet :D
Balik CNY tu mmg sangat memenatkan.. Restless! Maid dah hantar balik Indon coz kena santau ke hape ntah.. Dah laa bizi nolong2 kat umah Makcik.. 2 orang anak bujang beliau kawen serentak.. Yang baju biru pink tu abg, yg biru gelap tu adiknya.. Moga kekal ke akhir hayat yer.. Ameennn :D Ok laa, sudah mau pulang2 ke pangkal jalan menuju rumah.. ********** Saya ter emosi di entry sebelum ini.. Tp sekarang saya sudah pulih.. Weekend ni saya akan habiskan masa dengan membaca "Bagaimana untuk menjadi wanita paling bahagia" Karya Dr Aidh Al Qarni, yg jugek menulis buku La Tahzan aka Dont Be Sad.. Banyak kata2 motivasi yg meng heal kan duka lara dlm buku nih such as; "Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahannya. Sesungguhnya setelah bercucuran air mata akan terbit senyuman, dan setelah malam itu ada siangnya. Emasmu adalah agamamu, dan perhiasanmu adalah akhlakmu dan hartamu adalah adabmu"
****************** Banyak lagik.. Nanti laa, nak balik baca lagikkk.. Havva nice wiken semua! Tataa
|
Tentang Azwani: ![]() *Sept 30th 1983* *Cheras - Kedah* *Reading, Sleeping, Surfing* * wani3009@yahoo.com* Cakap..Cakap..
Takwim:
Macam Macam Ada: ![]() Create your own Friend Test here AudioImran Ajmain - Seribu TahunView Guestbook *Wani* *MIA* *Dr
Tuah Iskandar* Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan? ..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.. Kenapa Susah Sangat Ujian Ini? ...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya... ...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... "Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?' Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat? ::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman:: .:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. Bagaimana Harus Aku Menghadapinya? "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini? "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. Kepada Siapa Aku Berharap? "Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!! "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3) "Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" �Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.?lt;br>
- Surah az-Zariyat: ayat 56. .:demi masa:. ..ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. ~ Paling best dlm hidup: Jangan Mengharap pada Manusia.. Letakkan sepenuh pengharapan Pada Yang di atas SANA..ALLAH takkan hampakan kita..~ Tima Kasih ek:
Designed by: iceangel |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||